Monday, 4 March 2013

SERANGAN PARAJURIT NEGARA UNTUK PERTAHANKAN KEDAULATAN MALAYSIA TERCINTA DI SABAH




akhirnya kesabaran pihak berkuasa malaysia sudah pada tahapnya.pihak berkuasa malaysia melancarkan gerakan untuk menyerang kumpulan penceroboh yang memasuki sabah bermula pada 12feb lepas.Kematian seramai 8 orang anggota keselamatan negara antara penyebab pihak Malaysia mengambil tindakan ini.selain dari tiada tanda-tanda untuk pasukan penceroboh untuk menyerah.




                pre check yang dilakukan oleh polot f18 TUDM sebelum operasi gempur dilakukan.
pesawat hawk






                 dua buah pesawat sukois yang membuat latihan.antara pesawat tercanggih di dunia    




POLITIK
isu politik antara yang dikaitkan dengan kejadian ini. apa yang mengecewakan.pihak pembangkag nenuduh pihak kerajaan sengaja membuat huru-hara di sabah.sebaliknya berlaku juga apabila ada  sumber yang menyebarkan berita yang kerajaan menjadi dalang apabila sengaja membiarkan penceroboh masuk ke perairan malaysia apabila kuala lumpur memberi arahan untuk tidak melepaskan tembakan terhadap penceroboh yang bersenjata.

pada pandangan saya selaku penulis yang cintakan keamanan dan tidak menyokong mana-mana pihak,kedua-dua pihak mahupun kerajaan dan pembangkang tidak mendapat apa-apa2 keuntungan.kematian anggota keselamatan pastinya menyebabkan sedikit sebanyak kemarahan rakyat terhadap kerajaan apabila kerajaan tidak membiarkan ATM  mengambil alih lebih awal.sebaliknya juga di pihak pembangkang,isu ini berlaku menyebabkan penguguman pembubaran parlimen pasti semakin tertangguh.disaat kini pembangkang banyak berdiam diri selain dari tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.oleh itu,pandangan saya,kedua-dua pihak tidak mendapat mana-mana keuntungan.

KEMBALI KE ISU UTAMA
vet69 yang dikerahkan untuk mengawal keadaan ternyata berjaya walaupun terdapat anggota yang terkorban. boleh kita banggakan kejayaan mereka kerana saya sifatkan pertempuran antara  (polis vs askar kiram) walaupun anggota terkorban,namun kita harus bangga dengan kejayaan mereka.


kita harus ingat serta faham.ATM melakukan tugas adalah secara sembunyi@silent move mereka tidak kelihatan banyak timbul dalam kejadian ini kerana mereka melakukan gerakan secara rahsia.ini terbukti apabila operasa yang bermula dari jam 7pagi pada 5 mac 13,tiada siapa yang mengesan kecuali orang yang berkepentingan.sebolehnyA jangan kita pertikaikan mereka.apa yang ingin saya katakan lagi di sini.ini adalah perperangan yang adil apabila (ANGKATAN TENTERA MALAYSIA VS tentera kiram). adakah ini yang sultan kiram inginkan?mereka harus sedar bahawa mereka tidak mampu menyerang kubu malaysia.


CUBA BAYANGKAN KALAU SUKOIS TUDM KELUAR??


syabas kepada ATM.tahniah kepada ranger2 serta komando2 yang menjalankan operasi musnah pada pagi tadi sertah syabas turut diberikan kepada pengendali pesawat f18 tudm dan hawk tudm.tidak lupa juga kepada pasukan polis yang beroperasi selama ini dan juga pihak vet69 yang turut membantu operasi d sabah.anda semua buat kami bangga.

siapa kata ATM tidak melakukan kerja selama ini?tugas menjaga sempadan,operasi sulit.semua adalah dirahsiakan.kerana itu ada aset pertahanan kerajaan.latihan yang dilakukan bukan semudah yang dilafaskan di mulut.banyak yang meminta sebagai tentera gagal kerana tidak tahan dengan latihan yang dilakukan.ini belum lagi latihan khas yang pastinya jauh lebih mencabar sebelum diserapkan ke pasukan khas.

apa yang saya ingin kongsikan kepada anda semua,saya sendiri mempunyai ramai kenalan yang bertugas sebagai askar dan ada juga saudara yang bertugas sebagai askar.maklumbalas mereka kepada saya terhadap isu di sabah,mereka tidak sabar untuk dipanggil menyertai operasi di sana. tiada perasaan takut di dada mereka.sebaliknya teruja.Mungkin inilah saat yang mereka tunggu.saya yakin.berdasarkan cerita2 dari kenalan yang berkhidmat sebagai askar,mereka punyai latihan yang cukup untuk mempertahankan negara.

bangga kepada anggota keselamatan negara.tidak lupa takziah kepada parajurit kita yang terkorban.tiada lain selain doa mengiringi anda.terima kasih... terima kasih.... kami sembah 10 jari kepada keluarga2 pewira kita yang terkorban.hanya itu yang mampu kami lakukan sebagai tanda hormat atas jasa ahli keluarga anda.

maaf sekiranya terkasar bahasa,tersilap budi bicara.
sesungguhnya aku adalah manusia biasa yang diam sekian lama.
muncul berbicara kerana semangat cintakan negara.
jadikan ini semua sebagai titik penyatuan malaysia tercinta.






          AGI ADUP AGI NGELABAN(SELAGI BERNAFAS TETAP MENENTANG)



          

No comments:

Post a Comment